Friday, January 7, 2011

Uzbekistan Hancurkan Harapan Tuan Rumah Qatar

Odil Akhmedov dan kapten Server Djeparov menghancurkan mimpi penyokong tuan rumah Qatar apabila gol-gol mereka di separuh masa kedua yang menghancurkan impian qatar dalam perlawanan pembukaan Piala Asia 2011 itu.

Pertahanan tengah Akhmedov berjaya mencatat gol pertama Piala Asia 2011 apabila tendangan jarak jauhnya yang sempat membolosi Qasem Burhan pada menit ke-58, sebelum Djeparov memastikan tiga angka 18 minit kemudian apabila ia memanfaatkan kesalahan umpanan Ibrahim Majed.

Stadium Khalifa yang berkapasiti 40.000 penonton nampak begitu megah, tetapi Qatar gagal mengimbanginya di lapangan hijau kerana Uzbekistan begitu mendominasi permainan sejak minit pertama.

Peluang terbesar Qatar diperoleh di babak pertama, apabila tendangan bebas pemain kelahiran Brasil Fabio Cesar menggegar tiang, tetapi di luar itu, Uzbekistan tidak memberikan ruang bagi Qatar dan sebenarnya mampu menang dengan skor lebih besar jika lebih tenang ketika penyudah.

Qatar pun harus berjuang untuk mengalahkan Cina, yang akan ditentang Kuwait Sabtu (8/1), di pertandingan kedua jika tetap ingin membuka peluang mengulang prestasi terbaik mereka layak ke perempat-final pada Piala Asia 2000.

No comments:

Post a Comment