Thursday, January 6, 2011

Laporan Lengkap Piala Asia Qatar 2011


Piala Afrika sudah berlalu setahun silam. Banyak tragedi mengiringi di Angola, juga tentunya cerita suka juara.

Pesta bola sepak di benua Afrika pun berlanjutan enam bulan kemudian, di mana Piala Dunia 2010 diadakan di Afrika Selatan. Sepanyol yang kemudian keluar sebagai juara, wakil dari benua biru Eropah.

Juga kemudian diumumkan jika pertandingan berikutnya akan dilangsungkan di dataran Latin, Amerika Selatan. Brazil yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014. Pesta pembukaan pun dilakukan di publik Samba.

Lalu, apa khabar bola sepak Asia?

Well, ada berita manis baru-baru ini. Salah satu negara Asia, Qatar, dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022. Sebuah penghargaan yang luar biasa tentunya bagi negeri kecil namun dengan kekayaan dan sumber daya minyak melimpah itu. Asia Barat pun berpesta.

Tapi, pesta sebenar-benarnya pesta bola sepak Asia akan terjadi bulan ini, atau besok lebih tepatnya. Piala Asia 2011 akan berlangsung. Inilah pestanya publik pecinta bola sepak Asia, di mana negara-negara terbaik Asia dalam bola sepak akan saling beradu di Qatar pada 7 hingga 29 Januari, untuk menentukan siapa yang terbaik di awal dekad ini.

Piala Asia 2011 merupakan Piala Asia edisi ke-15. Qatar menjadi tuan rumah untuk kali kedua setelah pertama kali menjadi host pada 1988.

Ada lima stadium disiapkan untuk melayan 15 pasukan, tidak termasuk tuan rumah Qatar tentunya, yang berlawan di pertandingan ini. Stadium terbesar adalah Khalifa International Stadium, yang kapasitinya mencapai 50 ribu tempat duduk. Sedangkan Jassim Bin Hamad Stadium merupakan stadium dengan kapasiti paling sedikit, hanya 17 ribu tempat duduk. Ada pun tiga stadium lain adalah Al-Gharafa, Ahmed bin Ali Stadium (dua-duanya berkapasiti 25 ribu penonton) dan Qatar SC Stadium (kapasiti 20 ribu tempat duduk).

Jaminan menarik? Pastinya. 16 pasukan yang bersaing di pertandingan ini adalah pasukan Asia yang kerap mengambil bahagian di pertandingan antarabangsa, baik level Asia mahu pun dunia. Sebut saja Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Uni Emirat Arab hingga Australia.

Melihat komposisi pemain, hampir sebahagian besar pemain asal Asia yang bermain di Eropah bersama pasukan elit dunia sudah dibenarkan pulang ke kampung unuk mewakili negara mereka, dan mereka diizinkan. Jika begini, sudah barang tentu akan ada perlawanan yang wajib ditunggu.

Pembahagian Kumpulan juga sudah dilakukan. Ada empat Kumpulan pada pertandingan ini, di tiap Kumpulan dihuni empat pasukan. Hasil undian sudah dilakukan pada 23 April 2010 di Doha, Qatar. Hasilnya, tuan rumah Qatar berada di Grup A bersama Kuwait, Cina dan Uzbekistan, Arab Saudi ada di Grup B dengan Jepun, Jordan dan Syria, Grup C ditempatkan Korea Selatan, India, Australia dan Bahrain dan Grup D berpaksikan juara bertahan Irak, Korea Utara, Uni Emirat Arab dan Iran.

Inilah Pembagian Grup Piala Asia 2011:


Group A Group B
Qatar
Saudi Arabia
Uzbekistan
Japan
China
Jordan
Kuwait
Syria
Group C Group D
South Korea
Iraq
Australia
Iran
Bahrain
UAE
India
North Korea

Grup A
  • Qatar: Bruno Metsu menjadi arkitek tim tuan rumah. Dengan dukungan dari publik sendiri, mereka boleh berharap banyak meraih hasil tertinggi. Sebastian Soria, pemain yang lahir di Uruguay, menjadi pemain andalan Qatar.
  • Uzbekistan: Pasukan dari Asia Tengah ini tak boleh diremehkan. Di sesi kelayakan, mereka berkahir di posisi runner up dengan kalah gol dari Uni Emirat Arab. Mantan pemain AFC Player of the Year Server Djeparov akan menjadi tumpuan bagi Uzbekistan.
  • Cina: Pasukan dengan potensi mengejutkan ada di Grup A lagi, Cina. Du Wei, pemain belakang Cina, akan memimpin rakan-rakannya untuk memjawab kritik dan anggapan buruk dari republik sendiri.
  • Kuwait: Kuwait tak boleh dipandang sebelah mata. Mereka memiliki pengalaman yang boleh menjadi modal tersendiri membuat kejutan di Qatar. Bader Al Mutwa dan rakan-rakannya sangat boleh diandalkan dalam strategi permainan bertahan.
Grup B

  • Arab Saudi: Menjadi runner up di edisi sebelumnya, Arab Saudi boleh berharap banyak mereka boleh menuntaskan turnamen ini sebagai juara. Pasukan mereka juga harus mengobati kekecewaan pemina kerena gagal bertanding di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Yasser Al Qahtani akan menjadi andalan untuk boleh meraih kejayaan.

  • Jepun: Salah satu pilihan utama untuk juara. Banyak pemain bintang muncul di Jepun, dan republik Eropa juga sudah mengakuinya. Setelah tampil memberansangkan di Afrika Selatan, Alberto Zaccheroni boleh berharap Shinji Kagawa boleh keluar sebagai juara.
  • Jordan: Kualitinya tidak banyak yang mengetahuinya, tapi jika sudah boleh layak ke final Piala Asia, itu ertinya Jordan tidak boleh dianggap remeh. Hanya saja, pemain Jordan seperti penjaga gol Amer Sabah minimum pengalaman antarabangsa.
  • Syria: Valeiru Tita menjadi jurulatih baru Syria. Kekuatan pasukan ini juga masih banyak yang meragukannya. Namun hal ini boleh memudahkan Firas Al Khatib, kapten dan striker pasukan, memimpin rakan-rakannya membuat kejutan.
Grup C

  • Korea Selatan: Jagoan lain dari Asia Timur selain Jepang. Siapa yang tak kenal Ji-Sung Park dan rekan-rekannya. Dengan kapabilitas yang mereka miliki, Korea Selatan layak menjadi unggulan di turnamen ini.
  • Australia: The Socceroos baru mengambil bahagian di pertandingan ini pada edisi 2007, akan tetapi kualiti yang mereka miliki tidak boleh dianggap remeh. Australia pun juga layak diperhitungkan sebagai salah satu calon juara jika melihat pemain yang mereka punya, seperti Tim Cahill, bintang Everton di Liga Perdana Inggeris, dan juga pemain lain.
  • Bahrain: Jaycee John akan menjadi andalan bagi Bahrain untuk menbolosi gawang lawan. Pasukan ini juga tidak boleh diremehkan kerana pengalaman mereka bermain di perlawanan ini sangat banyak.
  • India: India bukanlah negara yang terkenal dalam dunia bola sepak. Tapi, bukan bererti kualiti mereka dianggap remeh. India adalah juara 2008 Challenge Cup. Dengan lathan Bob Houghton dan pengalaman yang dimiliki Subruta Paul sebagai kapten, India boleh berharap membuat keajaiban di Qatar.
Group D

  • Iraq: Pasukan ini menjadi kejutan di pertandingan Piala Asia 2007. Di Jakarta, mereka menjadi juara dengan menumpaskan Arab Saudi. Younis Mahmoud masih akan menjadi andalan untuk meraih kejayaan yang sama.
  • Iran: Iran masih merupakan tim yang dianggap sebelah mata di kancah Bola sepak Asia. Terakhir kali juara, Iran meraihnya di tahun 1976. Javad Nekounam akan menjadi tumpuan meraih kejayaan di kejohanan ini.
  • UEA: Hampir selalu ambil bahagian di setiap edisi, Uni Emirat Arab selalu gagal mengukir prestasi. Tahun ini pun mungkin juga demikian dan jka layak ke suku akhir akan menjadi hal yang menggembirakan bagi mereka. Ismail Matar dari Al-Wahda akan menjadi andalan UEA.
  • North Korea: Pasukan ini sudah membuat kejutan dengan layak ke final Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Patut ditunggu lagi apakah Korea Utara boleh kembali membuat kejutan serupa di Piala Asia 2011 dengan menjadi juara. Pemain Bochum Jong Tae-Se akan menjadi pusat perhatian.

No comments:

Post a Comment