Kedudukan Hodgson di Anfield kini menjadi perbualan hangat selepas gagal menghasilkan keputusan memberangsangkan di mana ada laporan mendakwa pemilik Liverpool sudah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan khidmat bekas pengurus Fulham itu selepas ini.
Menurut beberapa artikel ditulis media British, Kumpulan Fenway Sports, iaitu pemilik Liverpool, sudah mula mencari pengurus baru dan akan menyingkirkan Hodgson sebelum tamat musim ini.
Sabtu lalu, kemenangan 2-1 ke atas Bolton menghidupkan sisa-sisa perjuangan Hodgson di Liverpool menjelang perlawanan seterusnya bertemu Blackburn Rovers.
Cole yang juga bekas pemain tengah Chelsea dan menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Bolton, menyatakan rakan sepasukan memberikan sokongan penuh kepada Hodgson.
Bagaimanapun, dia menambah, Liverpool tidak boleh lagi tercicir mata di Ewood Park dalam usaha untuk kekal pada kedudukan pertengahan liga sebelum bersaing pada pusingan ketiga Piala FA menentang seteru utama, Manchester United.
“Kami sentiasa menyokong pengurus pasukan dan mahu membawa kelab ini kembali ke landasan tepat,” kata Cole di mana gol yang disumbat ketika bertemu Bolton adalah jaringan pertama untuk Liverpool pada saingan liga.
Cole yang hanya bertindak sebagai pemain gantian berharap terpilih dalam kesebelasan utama apabila bertemu Blackburn berdasarkan prestasinya ketika bertemu Bolton.
No comments:
Post a Comment