Saturday, January 15, 2011

Liverpool Sudah Kehilangan Aura


BLACKPOOL: Wajah Kenny Dalglish ketika ini menceritakan betapa perit rasanya memikirkan Liverpool hanya empat mata di atas zon penyingkiran selepas tewas kepada Blackpool 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.

“Ia sudah pasti satu cabaran besar dan amat jarang sekali anda memikul sesuatu tugas tanpa sebarang cabaran. Pastinya, petunjuk menggalakkan ialah komitmen dan sikap yang ditunjukkan pemain,” katanya.
Ia adalah perlawanan liga pertama Liverpool di bawah kendalian pengurus berbangsa Scotland itu dan dia akur berdepan beberapa “cabaran besar” selepas keaiban di Bloomfield Road.
“Tentunya kami kecewa apabila menamatkan perlawanan itu tanpa sebarang mata,” kata Dalglish selepas menyaksikan Liverpool jauh ke tangga ke-13 carta Liga Perdana Inggeris, hanya empat mata di atas zon penyingkiran.

“Fernando melakukan penyudah begitu baik dan gol pertama lawan terhasil daripada kesilapan hantaran yang mengelirukan Daniel Agger dan mereka memanfaatkannya dengan baik. Kami gagal menghasilkan gol kedua, maka terdapat beberapa yang kami perlu selesaikan.

Gol oleh Gary Taylor-Fletcher dan DJ Campbell membantu Blackpool mencipta kemenangan berganda kali pertama ke atas Liverpool sejak 1947. Gol tunggal Liverpool disumbang Fernando Torres. - Agensi

No comments:

Post a Comment