Pengurus Gunners itu berkata, kejayaan dilakar ke atas Chelsea sudah menceritakan kehebatan mereka dan skuad itu semakin bersedia menamatkan kemarau gelaran yang berlarutan lima musim.
Dan kejayaan ke atas pasukan di tempat kedua, City malam esok bukan saja melonjakkan Arsenal mengatasi skuad bimbingan Roberto Mancini itu tapi menguatkan lagi apa yang diperkatakannya.
Skuad Wenger yang menang ke atas Birmingham dan Chelsea serta seri di Wigan, berkata: “Selepas kejayaan ke atas Chelsea, semangat kami semakin melonjak kerana sudah mengalihkan beban dipikul selama ini.
“Tapi aksi kami sedikit menurun dan itulah sebabnya kami terlepas dua mata ketika menentang Wigan. Tapi saya gembira kerana kami berjaya bangkit dengan cepat.
“Pasukan kami beroleh kesan positif hasil kemenangan ke atas Chelsea. Semuanya dapat dilihat ketika kami menewaskan Birmingham. Anda tentu melihat kami semakin percaya kepada kemampuan kami sekarang. Itulah sebabnya mengapa saingan merebut kejuaraan musim ini semakin menarik,” katanya.
“Kami memulakan musim dengan personaliti serta penguasaan yang baik. Kami tidak panik.” Wenger menambah beliau tidak pernah melihat saingan sebegini sengit dengan Gunners, Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Spurs semuanya menunjukkan semangat juang tinggi.
“Saya tidak pernah melihat ada lima pasukan bersaing merebut gelaran. Minggu lalu (pengurus United) Alex Ferguson berkata ada tiga pasukan bersaing tetapi sekarang ada lima. Sejak awal musim lagi, saya sudah mengatakan ada lima pasukan yang bersaing.”
No comments:
Post a Comment