Tuesday, January 4, 2011

Adam Johnson Berazam Tamat Badi 35 Tahun Melawan Arsenal

LONDON: Adam Johnson tegas menyatakan Manchester City bersedia menamatkan kemarau kejayaan 35 tahun di gelanggang Arsenal, malam esok.

Pendahulu bersama Liga Perdana Inggeris, City bertandang ke utara London untuk menentukan sama ada mereka berpeluang merangkul gelaran liga musim ini atau tidak.


Tapi sejarah tidak menyebelahi mereka - City tidak pernah menang di Arsenal sejak Oktober 1975.

Bagaimanapun, Johnson, 23, yakin pasukannya bersedia menamatkan kemarau itu dan terus memberikan tekanan kepada Manchester United.


Catatan City musim ini memberangsangkan dan masih perlu mengharungi perlawanan menentang United dan Chelsea serta Arsenal.


Pemain sayap England itu berkata: “Masih banyak perlawanan perlu diharungi dan kami menentang pasukan besar di tempat mereka. Tapi mungkin kami lebih berjaya di tempat lawan berbanding tempat sendiri tahun ini.

“Perlawanan menentang Arsenal pasti sengit tapi kami ke sana dengan penuh keyakinan. Mereka mempunyai padang yang hebat, bermain cemerlang di tempat sendiri tapi kami akan cuba mengatasi mereka.


“Tahun lalu, kami seri 0-0 di Emirates dan kami bermain baik. Kami tidak mendapat banyak peluang tapi saya rasa kali ini kami boleh menang.” City bangkit daripada kekalahan mengejut di tempat sendiri kepada Everton sebelum Krismas dengan memenangi tiga perlawanan berikutnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment