Saturday, January 15, 2011

Spurs Mahu Runtuhkan Stadium


LONDON: Tottenham Hotspur menyatakan rancangannya untuk merobohkan Stadium Olimpik London dan membina stadium baru dengan kapasiti 60,000 tempat duduk tanpa trek larian di lokasi terbabit adalah satu-satunya pilihan paling menguntungkan bagi struktur utama temasya 2012 itu.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu juga mendakwa, usaha bidaan pencabarnya, West Ham tidak sesuai kerana peminat bola sepak tidak akan puas menonton aksi perlawanan jika ia mengekalkan trek larian.
Jika Tottenham yang dipilih sebagai pembida berjaya pada 28 Januari nanti, kelab utara London itu berkata ia akan membangunkan semula stadium Crystal Palace di selatan London.
Namun, Tottenham masih mempunyai pilihan membina stadium baru di lokasi gelanggang sedia ada mereka di White Hart Lane walaupun jika ia memenangi hak untuk berpindah ke Stadium Olimpik itu. - AP

No comments:

Post a Comment