Saturday, January 15, 2011

Arsene Wenger Yakin Ke Final Walaupun Tewas Kepada Ipswich


Keputusan mengejut di Portman Road tak patahkan semangat Gunners

IPSWICH: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tetap bernada positif anak didiknya mampu layak ke final Piala Liga walaupun tewas 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama kepada kelab saingan Liga Kejuaraan, Ipswich Town.
“Saya yakin, kami mampu mengubah keadaan, tetapi kami mendapat amaran yang bagus malam ini,” kata Wenger selepas keputusan mengejut dicatatkan di Portman Road itu.
“Kami perlu menampilkan aksi lebih baik. Disebabkan bermain banyak perlawanan anda boleh lihat malam ini bahawa kami tidak menyinar,” jelas Wenger.

“Ipswich lebih tajam dan kami melakukan kesilapan, dan mereka mengambil kesempatan daripadanya. Apa yang bagus ialah kami beraksi di gelanggang sendiri untuk separuh akhir kedua itu nanti dan itu boleh menghasilkan perbezaan.”

Gol jaringan penyerang dari Hungary, Tamas Priskin, pada minit ke-78 mengesahkan kemenangan untuk Ipswich.

Namun, pengurus berbangsa Perancis itu menyatakan bahawa Gunners perlu bermain dengan lebih baik pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Emirates, 25 Januari ini jika mahu bertemu - sama ada West Ham atau Birmingham pada final di Wembley. - AFP

No comments:

Post a Comment